Entry: RMT ... Tuesday, October 27, 2009




Hari ini ambo ke sekolah awal daripada biasa.
Sebelum jam 0700 dah ada kat parking belakang.

Kemudian ke kantin untuk tugas mengawasi
murid RMT. Menu hari ini nasi putih kari ayam+ betik+ air teh.

Hurmmm...

Sebenarnya ambo jarang ke kantin kebelakangan ni.
Biasanya cikpah yang buat laporan di kantin sementara
ambo lebih suka memantau bilik darjah dan disiplin.
Tapi minggu ni dia selalu lewat jadi kami tukar bahagian.
Banyak juga rungutan guru2 bertugas tentang
ketidaksempurnaan dalam
penyediaan dan pengagihan makanan
percuma kepada murid2 ni.

Sebenarnya rancangan yang baik sebegini
menjadi sebaliknya bila ada
penyelewengan dan ketidakjujuran di mana2 sahaja...

Ia membantu golongan murid yang benar2 tidak berkemampuan
untuk mendapat sarapan yang berkhasiat dan mencukupi.
Sebaliknya apa yang berlaku kekadang
membuat kami para guru tidak puas hati..

Rungutan, komen dan cadangan kekadang
tidak memberi kesan untuk penambahbaikan...

Pagi kemarin, Isnin..

Ambo lihat dengan mata kepala sendiri
akan 'penyelewengan ' tersebut...
Bila ambo bilang jumlah pinggan yang berbaki,
masih ada 22 biji pinggan sedangkan makanan
sudah habis...
Jumlah bihun yang disenduk cuma sekadar menutup
muka  pinggan dan ambo anggarkan ianya
tidak lebih dari 50 sen.
Alasan mereka...murid2 tak suka makan bihun jadi
mereka tak buat banyak...
Aikk???
Habis tu..peruntukan yang awak claim tu boleh pulak
awak tulis banyak2...
Buah tembikai madu yang disediakan juga tiada dan cuma
dikeluarkan bila ambo bertanya..
Pelik...


Entah apa nak jadi...
Yang miskin semakin bertambah susah..
Yang kaya semakin 'membesar'



p/s

Ambo belum mampu utk menjadi seperti my ex-colleague, Mdm Z
yang umpama ' halilintar membelah bumi '
mengkritik setiap kekurangan..

yet..
I dont care!
My report this week would be
a very long comments
in every parts...




   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments