Sewaktu kecil, aku diajar oleh aruah mak tentang perkongsian...
Kami adik beradik diajar supaya berkongsi dalam banyak perkara.
Tempat tidur...
makan minum...
permainan...
dan banyak lagi..
Kerana itu, aku tak kekok untuk makan sepinggan atau minum segelas
bersama adik beradik.
Mungkin bagi sesetengah orang... itu menjijikkkan..
Tetapi petua org tua2, makan sepinggan atau berkongsi gelas minuman
boleh mengeratkan silaturrahim...
Sampai sekarang aku masih buat perkara yg sama dgn famili aku
sendiri. Anak2 tak kekok berkongsi gelas sesama mereka. Tapi dgn
syarat baru yg aku kenakan...
"jangan kotorkan gelas itu"
Kekadang aku amalkan dgn students...
Sesi pagi aku tak penah buat sebab aku mahu mereka
berpegang pada disiplin dan peraturan sekolah.
Waktu belajar pagi, bagi aku bukan waktu utk makan atau minum..
Nak minum boleh...sila minum di luar.
Makan dlm kelas?
Aku pernah suruh Zizi yg suka mengunyah kacang tak kira masa
supaya nganga mulut tanpa tutup..
Jahatnya aku...
Tapi dia kata dia tobat taknak kunyah dlm kelas lg.
Tetapi waktu kelas petang @ kelas tambahan,
sistem aku lain...
Murid bebas makan dgn syarat
jangan kotorkan kelas dgn plastik minuman/ makanan.
Selain itu, aku suka bawa coklat, gula2 atau keropok utk
dikongsi bersama murid.
Asam...
kekadang aku bawa jugak..hehehe..
memang tak elok makan asam tapi aku tegaskan kpd budak2 tu..
once in a blue moon...
Waktu belajar petang memang budak2 tu seronok
walau keletihan...
Kami bebas utk berborak sambil menjawab latihan.
Mungkin kerana sistem yg aku amalkan, kebanyakan
students aku 'sayang' kan aku..
hahaha..adeeiii...perasannya aku...
Astaghfirullah...
Tapi eh... betul tau tak...
S berubah mungkin kerana aku selalu hulurkan dia makanan.
Mula2 dia geleng kepala..
jual mahal kunun...
ramai yg suruh dia ambil tp dia muncung je...
pastu bila semua murid riuh rendah duk makan,
lama2 dia pun terikut jugak.
Sokongan kawan2 seklas membantu dia utk berubah.
Memang mereka tak suka cara S tapi
dia dilayan spt biasa.
Yg last aku ingat dia minta asam lebih untuk bawa balik
kpd adiknya. Oleh krn yg lain2 pun minta lebih,
aku bagi sebiji seorang utk bawa balik...
dan mereka kata...
"TEACHER TAHI IDUNG MASIN!!!!"
Amboi amboiii....
udah makan byk2 mana nak ada lebih2 lagi.
Mengata pulak eh...
Aku denda mereka supaya mencari perkataan 'tahi idung masin' tu
dalam BI. Mingung mereka nak translate...
hahaaha..padan muka...
Walau kekadang aku marahkan mereka tapi
mereka tahu itu adalah untuk kebaikan
semata2.
p/s
Sehari dua ni sibuk kat luar sekolah je. Tak sempat gaduh
ngan budak2 tu.
Ari ni...
Balik dari taklimat kat pusat sumber tengahari tadi
ternampak sekotak biskut almond london atas meja..

Aikk...sapa silap letak ni,..
ada org bgtau...
" biskut tu amirul yg bagi utk teacher dia. Amboii..."
tenkiu my dear..
see...
Our students will remain in their mind how we treat them...
Lepas ni, aku rasa tak payah beli biskut raya lg kut..
mungkin ada kotak2 biskut lain dan kek yg menyusul??...
adeiii...alhamdulillah...