Teman sekerja ambo, ustazah Zah bertolak ke Madinah pagi tadi.
Ayah sepupuku,Pak Da Amid dan Makda pun dalam flight yg sama..
Alhamdulillah...lambaian dan doa yg dititipkan olehnya tahun lepas ditunaikan oleh Allah Taala. Di saat temanku itu menghadapi pelbagai dugaan berkaitan kesihatan suaminya, akhirnya dia dijemput sebagai tetamu Allah tahun ini...
Cabaran sebenar menjadi tetamu pilihan ialah di Muzdalifah dan Mina...
Semoga mereka diberikan kesabaran dan kesihatan yang terbaik untuk menghadapinya...

Tidur berhimpit2 berbumbungkan langit di Muzdalifah. Hidungku berdarah malam tersebut..

Suasana dalam khemah di Mina..


menuju ke jamrah untuk melontar kali pertama..

berjalan balik lebih kurang 3 km melalui terowong selepas melontar.
Alhamdulillah...



jamratul aqabah

Alhamdulillah.. setiap kali melontar, tiada kesesakan di kesemua jamrah dan kumpulan kami sentiasa berada di barisan hadapan.. Terimakasih kpd mutawif yg bijak memilih waktu untuk melontar.

melontar untuk hari terakhir. Dilakukan di tingkat teratas yg masih dalam pembinaan...





muka kepenatan kerana kurang tidur dek kerana batuk. Alhamdulillah...
Sebenarnya ada kisah2 pilu yang disaksikan dengan mata kepala sendiri di Mina..
Sesungguhnya Allah menduga kesabaran setiap hambaNya. Airmata ambo tanpa silu tertumpah melihat ketidakcaknaan sesetengah umat Nabi Muhammad yg mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan warga emas yg
tidak berdaya ...
Astaghfirullah...
Pesan ambo kepada sanak sedara yg berangkat ke tanah suci...
a. Ringankan tangan memberi bantuan..insyaAllah ujian kita dipermudahkan.
b. Beratkan mulut daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah..
c. Sediakan air dalam botol secukupnya untuk persediaan darurat.
d. Jangan pentingkan diri sendiri- ikut ketetapan arahan.
e. Jangan panik - cepat bertindak secara bijak.
f. Yang penting- jaga kesihatan sebaiknya.
p/sKawan2 rapat yang akan bertolak ke tanah suci tahun ini..Kaknur PP akan berangkat 2hb Nov, Norlida 18hb Nov...Alhamdulillah...semoga semakin ramai teman2 yg diizinkan untuk menjadi tamuNya. Selamat menunaikan ibadah haji, dipermudahkan
segalanya dan mendapat haji yg mabrur..Amin...